rumah_barkat_dulu

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ) telah ditubuhkan pada hari Ahad 1 Januari 1979 di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah, Jalan Duke, Johor Bahru. Dengan semangat yang penuh kesedaran dan keinsafan ahli-ahli perseorangan, sukarelawan, pertubuhan politik dan kebajikan sukarela, pegawai-pegawai kerajaan dan ahli perniagaan yang hadir pada hari itu telah bersetuju menubuhkan PKAYJ untuk memberikan bantuan, pertolongan, bimbingan, asuhan didikan rohani dan jasmani agar anak-anak yatim piatu / yatim bapa ini menjadi seorang insan yang terbela hidupnya, bertaqwa serta berakhlak mulia.

          Pada 30 Oktober 1979, Kerajaan Negeri Johor telah meminjamkan sebuah rumah kediaman pegawainya di No. 118, Jalan Bukit Chagar, Johor Bahru kepada Pertubuhan ini dan PKAYJ telah menamakannya “RUMAH BARKAT “.

          Memandangkan bilangan anak-anak yatim piatu / yatim bapa pada masa itu agak ramai, PKAYJ tidak berupaya memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka. Setelah RUMAH BARKAT dibaikpulih bangunannya pada 26 April 1980, PKAYJ telah menempatkan anak sulungnya seramai 15 orang yang memenuhi syarat-syarat berikut;-

A. Yatim piatu / Yatim bapa

B. Bersekolah dan umurnya tidak melebihi 17 tahun.

C. Permohonan dibuat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

D. Laporan Pengesahan Doktor.

E. Pendapatan tidak melebihi RM900.00 Sebulan.

          Bilangan anak-anak yang tinggal di RUMAH BARKAT telah bertambah dari tahun ke tahun dan pada hari ini ada seramai 120 orang telah diterima melalui sekolah-sekolah di negeri Johor. Oleh kerana RUMAH BARKAT hanya boleh menempatkan seramai 180 orang sahaja, pemilihan berdasarkan syarat-syarat di atas telah dilaksanakan sebagai garis panduan.

          Anak-anak yang tinggal di RUMAH BARKAT dibiayai sepenuhnya keperluan mereka sehingga ke Institusi Pengajian Tinggi Awam. Alhamdulillah dalam tempoh 34 tahun, anak-anak daripada RUMAH BARKAT yang berkelayakan dapat melanjutkan pelajaran mereka ke Pusat Latihan Kemahiran, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Perindustian, Politeknik, Maktab Perguruan, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Univerisiti Teknologi MARA, Madrasah Tahfiz AI-Quran dan Metalindustrles College Copenhagen, Denmark.

          Dengan pertolongan dan sumbangan ahli-ahli dermawan pada 15 Mei 1983, RUMAH BARKAT telah menambah dua blok bangunan untuk anak-anak lelaki dan perempuan, membina dewan makan dan enam (6) buah rumah kakitangan.

          Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khasnya kepada Kerajaan Negeri Johor, Ahli-ahli PKAYJ serta para dermawan yang telah memberikan sokongan, bantuan, sumbangan dan dorongan semenjak penubuhan Pertubuhan ini sehinggalah masa ini dapat mendirikan sebuah Kompleks RUMAH BARKAT yang mengandungi dua blok asrama, sebuah dewan serbaguna, bilik perpustakaan, bilik rawatan, bilik tetamu dan surau dengan harga RM4 juta. Bangunan asal rumah kediaman pegawai kerajaan dan juga bangunan tambahan yang telah didirikan dalam tahun 1983, telah diperbaiki dan diubahsuai serta dibesarkan untuk pusat sumber dan sekolah agama.

          Pertubuhan ini juga telah dapat memberi bantuan derma pelajaran kepada lebih 750 orang anak-anak yatim piatu dan yatim bapa yang tinggal bersama-sama waris atau penjaga mereka di daerah Johor Bahru dan Kulai yang berdaftar melalui Pejabat Daerah Johor Bahru, yang tidak bersekolah dan dibawah umur tujuh (7) tahun dapat disampaikan semasa RUMAH BARKAT mengadakan sambutan tahunan Ma’al Hijrah setiap tahun. Dengan terlaksananya bantuan ini, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor dapat membantu dan menolong semua golongan anak-anak yatim dibawah tanggungannya.

          Bangunan JKR1532 Rumah Kediaman Pegawai Tinggi Kerajaan Johor telah diberi kepada Pertubuhan ini dalam bulan Disember 1999. Bangunan ini telah dibaikpulih, diubahsuai, dibesarkan dan digunakan untuk perpustakaan, bilik rawatan, bilik tetamu dan untuk anak-anak menjalankan kegiatan dan kerja-kerja sekolah.

rumah_lama_barkat

Lorem Ipsum has been the industry’s standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged.

 

Carta Organisasi 2020